Azam 2020

Tak sangka pejam celik pejam celik, dah tahun.2020. aku ingat lagi, masa mula-mula wawasan 2020 diperkenalkan aku masih di sekolah rendah. masa tu semua ingat bila dah sampai tahun 2020 nanti pelbagai jenis teknologi hebat bakal kita temui termasuklah yang hangat beberapa bulan lepas; kereta terbang. Tp disini aku x nak lah cerita hal hal tu. Aku nk cerita pasal azam tahun baru, harapnya masih baru lagi, sebab masih di bulan Januari. Azam aku tahun ni salah satunya ialah  nak memblog (blogging). Sekadar mencoret kisah2 aku, dia dan mereka pegi jalan2, makan2, berlari-lari, macamlah. bukan apa, senang bila diaorg besar nanti, andai aku dah x der ke nanti, diaorg boleh baca sendiri, boleh tahu sendiri bahawa daddy mereka ni sayangkan mereka. malah semua kenangan yang di ceritakan disini mampu mengimbau kembali kisah mereka semasa mereka kecil.

Sebelum ni aku pernah ada 1 blog. masa tu rajin blogging sebab masa tu bujang, pastu kebetulan aku mengajar kursus yang mungkin agak asing dengan student, kursus microcontroller, dan pada masa yang sama menyelia beberapa kumpulan pelajar melaksanakan projek berasaskan microcontroller, oleh yang demikian masa tu, banyak la modal nk menulis terutama nya tentang projek-projek dan tutorial yang melibatkan microcontroller. Namun selepas 4 tahun aku dipindahkan ke tempat kerja yang baru, disana aku diberikan portfolio baru, menjadikan aku super busy. sampaikan jangan kata nak blogging, nak urus hal keluarga pun sempat x sempat gitu jer, sehingga ada hati yang terluka.

Namun, setelah aku di uji dengan sakit, kata doktor aku kena penyakit ni besar kemungkinan sebab stress. Mungkin betul, sbb msa aku dalam tempoh super busy tu aku mmg stress giler. Apa pun Ujian sakit yang di hadapi ini, hikmah yang paling besar adalah ianya menyedarkan aku  bahawa walau walau sesibuk mana pun aku, keluarga mestilah diutamakan.

Jadinya 6 bulan lepas aku berpindah lagi, kali ini aku mohon di pindahkan hampir sedikit dengan keluarga isteri ku, bukan apa, org sakit critical ni lama2 akan datang lagi pelbagai penyakit susulan, jadi untuk memudahkan urusan dia, aku buat keputusan untuk berpindah ke satu tempat yang sekurangnya dia mempunyai sokongan keluarga dia andai apa2 berlaku pd diri ku.

Oleh itu, sementara kondisi aku yang masih lagi stabil ni, akan ku gunakan sebaiknya selain mendekatkan diri pada ilahi, aku juga ingin meninggalkan sebanyak mungkin kenangan yg indah buat dia dan mereka.




Comments